Selamat Datang ke Portal Rasmi

Politeknik  Tawau Sabah

pengenalan pts

Politeknik Tawau Sabah (PTS) merupakan Politeknik Malaysia yang ke-36 dan politeknik paling baharu ditubuhkan di antara politeknik-politeknik lain pada tahun 2018. PTS telah ditubuhkan pada 1 September 2017 di Tawau, Sabah di bawah naungan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

 

PTS menawarkan dua (2) program Diploma iaitu Diploma Pengurusan Pelancongan (DUP), ambilan pertama pada sesi Disember 2018, dan Diploma Pelancongan Rekreasi (DRT), ambilan pertama pada sesi Julai / Disember 2020. Kedua-dua program pengajian ini berada di Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH).

 

PTS merupakan satu-satunya politeknik dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di Malaysia yang wujud bersama-sama (co-exist) dalam satu kawasan yang sama iaitu PTS dan IPG Kampus Tawau berkongsi fasiliti dan tenaga kerja walaupun mempunyai visi dan misi yang berbeza. Ini yang membuatkan PTS unik!

 

Lokasi PTS di Balung, Tawau ini dikelilingi oleh institusi-institusi pendidikan ternama antaranya ialah IPG Kampus Tawau dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah, Kampus Tawau. Malah, sekolah menengah yang berdekatan iaitu SMK Balung pernah dianugerahkan sebagai 'Sekolah Cemerlang Luar Bandar'.

 

Tidak jauh dari Balung, terdapat beberapa lagi institusi pendidikan ttinggi iaitu Pusat Luar Universiti Malaysia Sabah (PLUMS Tawau), Open University - Tawau Learning Centre dan Kolej Komuniti Tawau Sabah (Sijil Kulinari) di Bandar Sri Indah.

 

Selain berada dalam hab pendidikan Apas-Balung, lokasi PTS juga strategik dalam sektor pelancongan kerana  berhampiran dengan Lapangan Terbang Tawau (12km), Pulau Sebatik, Indonesia (47km) dan jeti pelancongan ke kepulauan Semporna (74km).

 

Bercerita tentang industri pelancongan, Tawau juga mempunyai destinasi-destinasi pelancongan menarik dan unik di Sabah seperti Bukit Tawau (56km) diiktiraf dunia dengan penemuan pokok tropika tertinggi; Bukit Gemok (46km) mempunyai jambatan kanopi tersendiri; Air Panas Tawau (41km) antara dua kolam air panas popular di Sabah selain di Poring, Ranau; Pasar Tanjung (37km) mempunyai pelbagai jualan hasil hidupan laut seperti ikan bilis, udang dan ikan kering dengan harga paling rendah sehingga menjadi tumpuan utama pelancong tempatan di seluruh Malaysia jika singgah ke bandar Tawau. Bahkan Tawau juga merupakan laluan utama untuk ke kawasan konservasi terkenal Lembah Danum dan Maliau Basin.

 

Justeru itu PTS pantas menjalinkan kerjasama bersama-sama pemain-pemain industri pelancongan di Tawau dan negeri Sabah dalam hal-hal akademik, meningkatkan kemahiran staf, tanggungjawab sosial dan promosi untuk kedua-dua belah pihak.

 

Ini menjadikan PTS sebagai sebuah IPT  pilihan utama bakal pelajar di kawasan ini dan juga negeri Sabah untuk melanjutkan pendidikan dalam program pengajian yang ditawarkan, seterusnya berpeluang mempunyai pekerjaan khususnya dalam bidang pelancongan.

 

 

#PTSterusmaju

hubungi kami

Pautan umum

Hakcipta 2018-2019 Politeknik Tawau Sabah (PTS) | DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN | Pihak PTS tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman sesawang ini | Sesuai dipapar menggunakan Google Chrome, Safari atau pelayar sesawang lain versi tekini dengan resolusi 1024 x 768 | Sila padam history dan refresh halaman sekiranya paparan tidak dapat dilihat.

Pautan lain

> Waktu Solat (e-Solat)

> Pautan & Muat Turun Staf

> Direktori Staf

> Admin Web Log In

> Pautan & Muat Turun Pelajar

> DUP

> DRT

POLITEKNIK TAWAU SABAH

KM 36, JALAN APAS BALUNG

91009 TAWAU, SABAH,

MALAYSIA

Tel. : +6089 950 500

Faks. : +6089 950 501

Emel : admin@politawau.edu.my

PORTAL VERSI SELULAR