ALUAN PENGARAH

HAJI ULAIMI BIN YAHYA

C.A (M), B.S.K

Pengarah

Politeknik Tawau Sabah

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Selamat datang ke portal rasmi Politeknik Tawau Sabah (PTS). Selari dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semasa, PTS turut menjadikan portal rasmi ini sebagai salah satu usaha dalam mendekati generasi internet sekaligus menyediakan ruang yang lebih luas bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kami melalui maklumbalas pelawat web rasmi ini. PTS ditubuhkan antara lain bertujuan bagi menghasilkan graduan yang akan memenuhi keperluan industri berasaskan Technical and Vocational Education & Training (TVeT) serta memperkasa industri tersebut menerusi pendekatan evolusi Industri 4.0 serta Internet of Things (IoT). PTS juga komited dalam melahirkan modal insan negara dan menjadikan institusi ini sebagai pendidikan tertiari yang relevan kepada kehendak industri masa kini. Menerusi Perancangan Strategik Politeknik (2018-2025), PTS turut berusaha dalam memastikan 5 Teras Strategik yang telah digariskan iaitu; (i) memastikan graduan TVeT berkualiti; (ii) melestari Institusi Kondusif; (iii) memperkaya bakat; (iv) mengolah reka bentuk sistem pendidikan dan; (v) memantapkan perkongsian industri dan komuniti dapat dilaksana dengan cemerlang melalui penglibatan kakitangan pengurusan profesional dan kakitangan sokongan PTS secara optimum. Justeru itu, selaku Pengarah PTS, saya amat mengalu-alukan sokongan daripada pihak industri dan juga komuniti setempat dalam memperkasa PTS khususnya Politeknik Malaysia sebagai penyumbang terbesar tenaga kerja TVeT negara. Sekian, terima kasih. #PTSterusmaju

hubungi kami

Pautan umum

Hakcipta 2018-2019 Politeknik Tawau Sabah (PTS) | DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN | Pihak PTS tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman sesawang ini | Sesuai dipapar menggunakan Google Chrome, Safari atau pelayar sesawang lain versi tekini dengan resolusi 1024 x 768 | Sila padam history dan refresh halaman sekiranya paparan tidak dapat dilihat.

Pautan lain

> Waktu Solat (e-Solat)

> Pautan & Muat Turun Staf

> Direktori Staf

> Admin Web Log In

> Pautan & Muat Turun Pelajar

POLITEKNIK TAWAU SABAH

KM 36, JALAN APAS BALUNG

91009 TAWAU, SABAH,

MALAYSIA

Tel. : +6089 950 500

Faks. : +6089 950 501

Emel : admin@politawau.edu.my

PORTAL VERSI SELULAR

> DUP

> DRT

> DHF